Pages

Monday, October 08, 2007

.::Kau TetaP di HaTiKu...::.

aku mengenali dirinya tatkala diri ini baru memasuki alam persekolahan di salah sebuah sekolah di Kemaman...pada mulanya,perasaan malu utk menegur sapa dengannya menyelubungi diri ini tapi lama kelamaan kami menjadi kawan baik...bermain bersama2,blaja bersama2 n kekadang tu dia bermalam di rumahku...ape2 je projek,kami akan lakukan bersama...waktu itu aku rase sgt bahagia dan gembira bersamanya...

suatu ketika tatkala aku melangkah ke tingkatan 2,aku terpaksa berpindah sekolah demi kebaikanku jugak...pada mulanya aku sgt sedih utk meninggalkan dirinya dan kawan2ku yg lain tapi demi mengejar impianku,ku relakan jua...selepas itu,aku jarang bertemu dengannya dek kesibukan yg melanda n masa yg tak mengizinkan...

suatu petang (9/10/2001) ketika aku di tingkatan 3 dan pada mase tuh hanya tinggal seminggu sahaja lagi utk aku menduduki peperiksaan PMR,aku menerima satu panggilan yg menyatakan dia telah pergi buat selama-lamanya...bagaikan tidak percaya pada mulanya dan selepas menerima berita itu,berjurai air mata ini mengalir membasahi pipi...lidahku kelu tanpa boleh berkata-kata...hanya Al-Fatihah yang mampu ku sedekahkan untuknya...rupa2nya tanpa pengetahuanku,dia menderita suatu sakit misteri yg xtau dari mana puncanya...kali terakhir aku berjumpa dengannya sebelum dia menghembuskan nafas yg terakhir adalah pada bulan Ogos 2001....tak sangka itulah pertemuan terakhir kitorg di muka bumi ini....

tanggal 9/10/2007,genaplah 6 tahun kau pergi meninggalkan diriku ini..semoga dirimu sentiasa berada di dalam keredhaanNya...AMIN

Nur Maryam Jamilah...namamu tersemat disanubariku buat selama-lamanya...kau sahabatku kau teman sejati....Al-Fatihah....

6 smile at me ^_^:

Zetty said...

Al Fatihah buat Nur Maryam Jamilah serta kaum keluarga yg telah pegi meninggalkan kita terlebih dahulu utk bertemu denganNYA .. semoga roh2 mereka dicucuri rahmat ..

akak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sofie.. Maaf kalau ada salah and silap sepanjang perkenalan kita di alam maya nieh ye .. jangan sedih2 di hari raya nanti tau:)

achik said...

Al fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..


salam aidilfitri.. maaf zahir batin.. :)

Salam Dari Dimasyq said...

allahyarhamah mariam jamilah merupakan pelajar yg disegani oleh ust2 dan kwn2 dek kerana dia adalh pelajar cemerlang,sama2 kite sedekahkan al-fatihah buat roh beliau..al-fatihah...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..di hari yg mulia dan gembira di hari raya,jgn kite lpe pd mereka yg tiada..

SoFie NuR said...

yatie,

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin...semoga berbahagia selalu...


***************************

achik,

salam aidilfitri..maaf zahir batin...ceria2 selalu..


*****************************

mizi,

selamat hari raya..maaf zahir batin..

Anonymous said...

Saya punya seorang kawan yang dulunya tinggal sebilik. Tetapi selepas saya berpindah sekolah ke tempat lain semasa tingkatan 4, saya dapat khabar yang dia meninggal dunia.

Terjun dari tingkat 3 bangunan asrama. Dia ada penyakit kuat mengigau. Tetapi tak sangka sampai macam tu kuatnya.

Alfatihah untuk mereka. Kematian itu pasti.

SoFie NuR said...

azree mh,

mmg sedih bile kenalan rapat pergi meninggalkan kite..tapi hakikat kejadian,yg hidup pasti akan mati akhirnya...

Al-Fatihah buat mereka yg sudah tiada...

.:| FEEL THE BEAT |:.